RSS

Negeriku Kedah Darul Aman : Laksanakan Larangan Hiburan Untuk Orang Islam Sahaja Sepanjang Ramadhan

AMPANG, 17 Julai: Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang Ramadhan ini oleh kerajaan negeri Kedah tidak akan sesekali menyekat hak orang bukan Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadhan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Perkara itu dijelaskan beliau pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sebuah hotel di sini.

Turut serta pada sidang media itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

“PAS ambil jalan terbaik yang tidak boleh diselesai oleh Umno iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat

“Orang Umno buat peraturan orang Islam boleh masuk tempat maksiat, tempat judi. Kita buat pembetulan supaya pengendali pusat hiburan dikalangan orang bukan Islam buat peraturan agar orang Islam tidak boleh masuk,” katanya yang juga ahli parlimen Marang.

Keputusan itu juga katanya telah dipersetujui oleh pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu dan bersedia diambil tindakan termasuk menarik lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian.

Penjelasan itu dibuat selepas mesyuarat tersebut mendengar penerangan dari wakil kerajaan negeri Kedah iaitu Setiausaha Politik kepada menteri besar, Mohd Sanusi Md Noor.

Hasrat sebenar perlaksanaan undang-undang itu kata Abdul Hadi, bertujuan mencegah orang bukan islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadhan.

Bagaimanapun kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

“Di sana banyak perkara-perkara tidak tepat di lapor media yang sengaja dimainkan Umno Barisan Nasional.

“Kita membetulkan peraturan yang salah yang dibuat Umno. Umno membenar pusat hiburan kepada bukan Islam, dan tidak ada peraturan tegas bagi menghalang orang Islam” tambahnya.

Sementara itu, Mohd Sanusi yang ditemui selepas itu berkata, penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang wujud sejak zaman pemerintahan Umno dilaksanakan sepenuhnya tahun ini.

Tindakan itu bagaimanapun mendapat bantahan dari beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan Pakatan Rakyat, DAP.

Difahamkan, kontroversi tersebut bagaimanapun selesai selepas menteri besar bertemu wakil pusat hiburan semalam bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 18/07/2011 in Uncategorized

 

Solat Hajat dan Bacaan Yassin Mendoakan Kesejahteraan Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo’ Lo’ Yang Masih Kritikal Di Hospital Selayang

Menurut berita yang diterima dari rakan-rakan, Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr. Lo’ Lo’ berada dalam keadaan kritikal di Hospital Selayang kerana barah paru-paru. Tidak respon terhadap pelawat yang datang.

Suami beliau meminta para jemaah melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk mendoakan kesihatan isteri beliau…Wallahualam…

berita lanjut akan menyusul (Klik)
 
Leave a comment

Posted by on 16/07/2011 in Uncategorized

 

Cat Merah, Surat Ugutan Dan Pecah Cermin Kereta Melanda Negeri Kedah – Kediaman MB Kedah Tidak Terkecuali..Siapa Dalangnya???.

 

Beberapa buah rumah dan kereta pemimpin serta pusat khidmat wakil rakyat PAS termasuk rumah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak disimbah dengan cat dalam beberapa kejadian malam semalam dan awal pagi ini.

Selain itu, sebahagian daripada mereka juga menerima nota ugutan yang dibungkus dengan batu supaya tidak menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Dalam kejadian itu, selain rumah Azizan di Sungai Limau, Yan, kereta ahli parlimen Pendang Dr Hayati Othman dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar Adnan Saad disimbah dengan cat merah manakala rumah yang terlibat adalah milik Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzuan Abu Bakar dan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kuala Kedah Mohd Radi Said.

Turut disimbah cat merah adalah Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa.

Azizan berkata laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian-kejadian itu dan berharap polis dapat melakukan siasatan segera.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan budak-budak nakal yang cuba menimbulkan kontroversi.

“Polis dah pergi tengok. Biarkan polis menjalan tugas mereka,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, hari ini.

– Bernama

 
Leave a comment

Posted by on 07/07/2011 in Uncategorized

 

Ahli Parlimen Ditangkap Dan Digari Disebabkan Baju Yang Dipakainya Berwarna Kuning – Tiadapun Lambang BERSIH

Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

NONEAhli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

“Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.

NONEMenurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema “Udahlah…Bersaralah”.

 
Leave a comment

Posted by on 30/06/2011 in Uncategorized

 

Saya Pangkah Semua Undi Pos… Apa Tindakan Kerajaan Malaysia Bila Ada Dakwaan Begini… Bagi Kita BERSIH 2.0 Ada Penyelesaiannya?

Malaysiakini melaporkan:

Kerajaan menafikan dakwaan pihak pembangkang bahawa wujudnya manipulasi dalam proses undian pos bagi pilihan raya umum 1999 dan 2008.

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa dalam dua pilihan raya tersebut, kebanyakan undi pos memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu mengenai statistik pengundi tentera yang bersara bertukar kepada pengundi awam.

Nazri berkata seramai 3,894 anggota tentera yang bersara telah memohon semula mendaftar sebagai pengundi awam sepanjang tahun 2010.

Beliau juga berkata anggota tentera perlu memohon mendaftar semula sebagai pengundi biasa setelah bersara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa yang sama akan memotong nama mereka daripada daftar pemilih pengundi tidak hadir. – Mkini.


Memang macam dijangka kerajaan akan nafikan punya. Tu pun nasib baik ditanya dalam parlimen, menteri atau timbalann menteri kena jawab bagi pihak kementerian. Kalau takat tanya dalam ceramah, depa buat-buat tak dengar ja.

Kalau tanya mana-mana askar yang dah pencen aku yakin kalau pun mungkin tak semua tapi akan ada yang jawab tak pernah tengok pun kertaas undi masa dia dalam askar. Maksudnya dia memang tak pernah dapat kertas undi, dan dah tentu la bukan dia yang pangkah kertas undi dia tu.

Kalau betul macam yang Nazri Aziz kata, kerajaan patutnya dakwa orang yang mengaku buat kerja pangkah kertas semua kertas undi pos tu. Bukan orang tu saja tapi lebih patut lagi orang yang bagi arahan buat kerja celaka tu.

Bukan payah-payah nak kena selongkar sapa yang buat kerja tu pasai dah ada pun yang mengaku. Bukan setakat mengaku kat kedai kopi tapi pengakuan dia disiarkan dalam akhbar.

Klik untuk imej lebih besar
[kredit: Fb Tulangbesi]
Bila dah masuk mahkamah, baru la boleh kita dapat tau apa sebenarnya yang berlaku. Ada berani???

source: http://cenangau.blogspot.com

 
Leave a comment

Posted by on 29/06/2011 in Uncategorized

 

Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Kedah Mengorak Langkah Ke Arah Kecemerlangan Ilmu Anak-Anak

ALOR SETAR, 19 Jun 2011 – Puan Juwariah Md Yakin yang juga merupakan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Kedah (MGPNK) telah dipilih menerima Anugerah Tokoh Guru PASTI peringkat Negeri Kedah sempena Sambutan Hari Guru PASTI yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di sini.

Sementara itu, Puan Rosna Ahmad menerima anugerah guru paling lama berkhidmat dan Majlis Guru PASTI terbaik dimenangi oleh kawasan Sungai Petani. Selain itu, lima belas orang turut menerima Anugerah Tokoh Guru mewakili kawasan masing-masing.

Dalam sambutan tersebut, pelbagai pertandingan diadakan untuk mencungkil bakat guru-guru, antaranya pertandingan busana pengantin, gubahan kuih tradisional, nasyid dan sajak. Majlis Guru PASTI Sungai Petani telah tampil sebagai  tempat pertama dalam semua pertandingan tersebut.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan dari adik Muhd Amirul Munir Azlin yang pernah tampil dalam program TV1 Adik-Adikku Musim Ke-2. Beliau juga merupakan bekas pelajar PASTI Sri Aman, Bedong.

PASTI Negeri Kedah kini mempunyai 400 buah PASTI dengan jumlah pelajar 10 ribu orang dan 594 orang tenaga pengajar.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan dihadiri kira-kira 600 orang. Turut hadir bersama,YB Dr Ismail Salleh.

Sempena sambutan hari guru tersebut kira-kira 500 orang guru membaca ikrar dihadapan Menteri Besar dengan diketuai oleh Puan Suraini Hashim.

 
Leave a comment

Posted by on 21/06/2011 in Uncategorized

 

Kerajaan Kelantan Mengharamkan Akhbar Utusan Malaysia

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengharamkan akhbar Utusan Malaysia daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadzli Shaari berkata, keputusan itu dibuat berikutan penyiaran karikatur yang disifatkan menghina agama Islam berhubung isu rogol dan zina, yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Katanya, surat rasmi oleh Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Urusetia DUN akan dikeluarkan dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

“Tindakan itu akan berterusan sehinggalah pihak akhbar berkenaan memohon maaf secara rasmi atau menarik balik penyiaran karikatur berhubung isu itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semalam, Pas melancarkan kempen ‘Boikot Utusan Malaysia’ kerana mendakwa akhbar itu menghina agama Islam menerusi karikatur yang disiarkan pada Rabu lepas.

 
Leave a comment

Posted by on 18/06/2011 in Uncategorized