RSS

Monthly Archives: August 2011

Adakah PAS Kedah Bersedia Seandai Pilihanraya Umum 13 Diadakan Pada Tahun Ini? Gerakan Gelombang Bersepadu Babitkan Siapa?

Oleh Harakah Kedah
ALOR SETAR: Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar yakin Pilihan Raya Umum akan berlangsung sebelum hujung tahun ini.
Menjelaskan perkara itu beliau berkata, Presiden Umno, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan Pilihan Raya Umum sebelum Perhimpunan Agung Umno memandangkan gelombang untuk menjatuhkannya terlalu kuat ketika ini.
Antara perkara tersebut ujar Mahfuz, dapat dilihat dengan terbit buku yang mengecam dan mengkritik Najib.
“Jika pilihan raya diadakan selepas Himpunan Agung Umno, akan ada kumpulan-kumpulan gerakan untuk menjatuhkan Najib ini mengambil kesempatan mengkritik Najib dalam Himpunan Agung Umno dan akan ada tuntutan-tuntutan untuk mendesak Najib berundur.
“Sebab itu saya yakin pilihan raya akan diadakan dalam tahun ini,” terang beliau pada Iftar Perdana dan Taklimat Gerakan Gelombang Bersepadu sempena Sambutan Nuzul Quran PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini 19 Ogos baru-baru ini.
Tambah Mahfuz lagi, jika sekiranya Najib melakukan rombakan Kabinet sekalipun, akan berlaku pergolakan dalaman Umno yang lebih dahsyat.
Mengulas mengenai Gerakan Gelombang Bersepadu PAS Kedah, beliau menegaskan bahawa jentera PAS di semua peringkat perlu melakukan pengurusan maklumat agar sampai ke corong telinga rakyat serta melaksanakan keadilan dan ihsan.
Jelas beliau, keadilan dan ihsan merupakan dua elemen dakwah yang membawa kepada gelombang besar penerimaan kepada Islam sebagaimana dapat difahami dari Surah An-Nasr dan peristiwa Fathu Makkah di mana manusia berbondong-bondong menerima Islam.
Terangnya, Islam di masa Nabi Muhammad SAW semakin diterima antaranya melalui pelaksanaan keadilan dan ihsan.
Maka tegas Mahfuz, kejayaan hari ini juga boleh dicapai berdasarkan penyebaran dan penguasaan maklumat dari pelaksanaan program-program keadilan dan ihsan.
 
Leave a comment

Posted by on 25/08/2011 in Uncategorized

 

Polis Berjaya Tahan Suspek Tetak Ayah Sendiri Sampai Mati Kelmarin

ALOR SETAR: Polis telah menahan suspek kes pembunuhan seorang warga emas dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang dekat sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan (DSP) Ku Yaacob Ku Hamad berkata serbuan dilakukan hasil maklumat jiran itu berjaya menahan suspek lelaki berusia 33 tahun ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kira-kira pukul 1.45 pagi.

Katanya jiran mengesyaki suspek, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, pulang ke rumah setelah mendapati lampu rumah dinyalakan sedangkan rumahitu tidak berpenghuni selepas kejadian ngeri Khamis lalu.

Suspek yang terkejut dengan kehadiran pihak polis cuba melarikan diri tetapi gagal ekoran tindakan polis mengepung dan memasuki rumah melalui pintu utamayang tidak berkunci.

“Ketika ditahan suspek masih berpakaian sama seperti kejadian Khamis lalu iaitu memakai seluar berwarna coklat,” katanya kepada pemberita di sini hariini.

Ku Yaacob berkata dalam serbuan awal pagi itu, seramai 30 anggota polis dan 24 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan bagi menjejaki suspek.

Beliau berkata polis akan membawa semula suspek ke tempat persembunyiannya sejak dua hari lalu bagi mencari sebilah parang yang dipercayai digunakan untukmenetak mangsa sehingga mati.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 7 malam Khamis lalu Seman Sirun, 60, mati akibat ditetak dengan parang manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 58, cedera di bahagian kepala selepas turut terkena tetakan suspek.

BERNAMA

 
Leave a comment

Posted by on 14/08/2011 in Uncategorized

 

Gambar TG Nik Aziz Memberi Sumbangan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan

https://i2.wp.com/a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/254703_10150258363012592_358919387591_8140095_1792563_n.jpg

YAB Tuan Guru Menteri Besar menyampaikan cek penghargaan kepada bekas pemain bola sepak Kelantan, Indera Petra Mahayuddin petang kelmarin di atas kejayaan membantu pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia tahun lepas. Turut menerima penghargaan ialah dua lagi bekas pemain Nur Farhan dan Azizi Mat Ros. Pemain-pemain lain telah menerima sumbangan awal tahun ini. Gambar oleh : Salmah Husain.

 
Leave a comment

Posted by on 08/08/2011 in Uncategorized