RSS

Isteri Allahyarham Sarbaini Syaki Ada Unsur Jenayah – Tuntut Pihak Polis Lakukan Siasatan Menyeluruh

21 Jul

Maziah Manap balu Allahyarham Sarbaini Mohamed yang dijumpai mati di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur mengesyaki wujud unsur jenayah serta mahu polis menyiasat.

NONE“Kami sukacita menegaskan bahawa kami tidak menuduh bahawa arwah telah dibunuh, namun kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah atau foul play yang menyebabkan kematian arwah tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Maziah berkata rasa curiganya timbul selepas Raja Petra menerusi tulisannya mendedahkan bahawa allahyarham ‘didera’ sebelum menemui ajal.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa seorang penolong penguasa SPRM telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM yang terletak bersebelahan bilik pantri di aras tiga bangunan itu.

Tidak menuduh

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri),” tulis Raja Petra.

Beliau juga dalam blognya berkata pegawai SPRM itu dilaporkan berkata ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.’

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulis Raja Petra lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Menurut Maziah, beliau tidak menuduh bahawa suaminya telah dibunuh tetapi mahu tulisan Raja Petra itu disiasat.

Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab menyoal-siasat Sarbaini.

“Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah,” katanya.

Tempat kejadian

Berikutan pendedahan itu, peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

NONESarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbani tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbani cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya

 
Leave a comment

Posted by on 21/07/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: