RSS

Arah Tuju PAS Selangor Selepas Rombakan Pesuruhjaya Yang Baru.. Siapa Bakal Dilantik Untuk Kabinet Dr Abd Rani Osman?

16 Jun

Selepas rombakan jawatankuasa pusat Ahad lalu, mata kini tertumpu kepada PAS Selangor yang akan membentuk ‘kabinet’ barunya tanpa tokoh kontroversi Datuk Hasan Ali sebagai pesuruhjayanya.

Menurut Dr Abd Rani Osman yang baru dilantik ke jawatan itu, pemilihan jawatankuasa baru antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pertama PAS Selangor selepas muktamar pada Isnin ini.

“Kita akan putuskan timbalan (pesuruhjaya) baru,” katanya yang menyerahkan perkara itu bulat-bulat kepada mesyuarat untuk memutuskannya.

“Saya tidak mahu dictate (kuasai) mesyuarat.”

NONESelepas penyingkiran beberapa tokoh penting PAS negeri oleh Hasan (tengah) pada November 2008, keputusan itu amat dinantikan. Ia penting bagi melihat sama ada tindakan itu menguatkan rangkaian Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam hierarki negeri.

Menariknya, perwatakan Dr Abd Rani dilihat mirip kepada Mohamad yang dilihat sebagai tokoh “pendamai” antara dua kumpulan berbeza pendapat yang sering dirujuk sebagai Erdogan dan pro-ulama.

Khalid ke jawatan lama?

Bagaimanapun, tokoh sebegini dilihat didokong kuat kumpulan Ergodan yang mendorong kepada penguasaan besar dalam kepimpinan tertinggi parti itu dalam pemilihan parti awal bulan ini.

Lobi melobi dan cakap-cakap bagaimanapun sudah kedengaran sejurus selepas selesai muktamar ke-57 parti itu pada 6 Julai tadi.

NONEWalaupun gagal dipilih menggantikan Hasan, akar umbi PAS terus berdebar menunggu sama ada ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad (bersongkok) akan dibawa masuk kembali mengisi jawatan lamanya sebagai timbalah pesuruhjaya II.

Tiga timbalan pesuruhjaya PAS negeri sekarang adalah ahli akademik Dr Osman Sabran, exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad dan anggota parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat.

Walaupun tidak jelas kecenderungan mereka, Khalid sendiri berpandangan ketiga-tiga pemimpin itu dilihat pasukan “serasi” kepada Hasan.

Pada November 2008, Khalid dan dan ketua penerangan PAS Selangor ketika itu Saari Sungip dilucutkan jawatan oleh Hasan yang difahamkan “kepanasan” dengan kritikan berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Cabaran besar

Tempat Khalid digantikan Dr Che Rosli dan setiausaha akhbar presiden PAS ketika itu dan Roslan Shahir Mohd Sharir (bawah, kanan) pula menggantikan Saari.

roslan sms shahir mohd shahirRombakan drastik tersebut dilihat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan aliran pro-ulama yang mana Hasan dilihat antara pemimpin pentingnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Abd Rani nampaknya sedar pada cabaran sebenar dihadapinya yang bukan semata-mata berdepan dengan Umno sebagai musuh politik mereka.

“Cabaran kita berdepan Umno dan BN memang besar, tetapi pada saya, cabaran lebih besar untuk satukan saf kita,” kata Dr Abd Rani.

Walaupun enggan dilihat menyebelahi mana-mana pihak Dr Abd Rani difahamkan lebih senang dengan Khalid dan Saari sebagai “orang yang bekerja”.

Dr Abd Rani juga menghadapi tugas berat menukar imej PAS Selangor yang mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini, antaranya dalam isu larangan penjualan arak di negeri itu.

 
Leave a comment

Posted by on 16/06/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: