RSS

Kedah Pengeluar Kedua NenasDI Malaysia: MB

01 Jun
http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/21.jpg http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/23.jpg

PADANG TERAP:  Kedah menjadi negeri kedua pengeluar nenas dalam sektor pertanian di negeri ini selepas Johor yang secara tidak langsung mampu menjana ekonomi negeri.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, tanaman nenas menjadi salah satu tanaman kontan yang mampu memberi pendapatan yang lumayan kepada petani sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

“Di Kedah, tanaman nenas ditaman di Laka Temin seluas 140 ekar dan tanaman nenas juga turut diusahakan di Kulim serta Merbok oleh pengusaha nenas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke projek penanaman mempelam chongkanan dan nangka madu di Kampung Kubang Juluk, Naka, di sini.

Menurutnya, petani di negeri ini digalakkan untuk menceburi bidang penanaman nenas di atas tanah terbiar selain tanaman padi serta sayur-sayuran.

“Di samping itu, tanaman mempelam juga turut menjadi salah satu tanaman yang mampu memberi pulangan yang baik kepada petani di negeri ini.

Menteri Besar memberitahu, seluas 1,000 ekar tanah diserahkan kepada Ladang Kedah di Padang Terap untuk projek tanaman mempelam.

“Kita turut membawa balik mempelam dari Mesir untuk tujuan projek berkenaan di mana baru-baru ini, kita telah mengadakan lawatan ke projek mempelam yang ditanam di padang pasir di Mesir seluas 100 hingga 200 ekar,” katanya.

Beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri turut mengadakan kempen satu rumah 10 pokok buah-buahan dalam usaha mengindahkan kawasan persekitaran kampung dan perumahan.

“Kempen yang diadakan ini, secara tidak langsung mampu memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kebaikan bercucuk tanam,” ujarnya.

Turut hadir ialah isteri Menteri Besar, Toh Puan Hajah Faikah Sheikh Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad; Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Ismail Salleh; Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, Encik Gafar Yahya dan Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pentadbiran) Padang Terap, Puan Noorul Azyyati Ahmad Salmi.

 
Leave a comment

Posted by on 01/06/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: