RSS

Monthly Archives: May 2011

ADUN Titi Serong Dakwa Keputusan Pengantungan Hadir Sidang DUN Adalah Tidak Sah Dan Dibantah


Berhubung dengan isu penggantungan saya dari menghadiri sidang DUN Perak yang telah diputuskan dalam sidang DUN Perak pada 15 April yang lepas. Dengan ini saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan terbaru mengenai isu tersebut.

1. Saya dengan mengesahkan telah menerima sepucuk surat bertarikh 18 Mei 2011 yang ditandatangan oleh Setiausaha Dewan Perak, En. Rumaizi bin Baharin. Surat tersebut dihantar melalui perkhidmatan express yang dialamatkan ke kediaman rasmi saya di Parit Buntar.

2. Kandungan surat itu (Gambar) merupakan makluman mengenai saya digantung dari menghadiri satu persidangan DUN Perak akan datang.

3. Saya dengan ini tetap menegaskan bahawa keputusan pengantungan saya tersebut adalah tidak sah sesuai dengan peraturan DUN perak yang sedia ada dan saya tetap membantah keputusan tersebut.

4. Keputusan tersebut juga membuktikan Speaker DUN Perak sekali lagi gagal untuk mengendalikan Sidang DUN Perak dan saya juga mencadangkan supaya beliau dengan segera mengosongkan dan diganti dengan seorang Speaker yang lebih berwibawa serta mengendalikan sidang dun dengan mematuhi peraturan yang sedia ada.

Sekian terima kasih.

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

 
Leave a comment

Posted by on 21/05/2011 in Uncategorized

 

Ulama Tersohor Di Negeri Kedah Yang Perlu Anda Ketahui – Jom Kita Pakat2 Kenali Dengan Lebih Dekat…

Assalamualaikum Wb .Salam pada semua pengikut blog ini , Alhamdulilah malam ini dengan berkat doa saudara semua saya diberi kekuatan untuk menulis sedikit kisah tentang Tn Guru kita yang kita semua kasihi .

Sudah lama saya bercita-cita untuk menulis tajuk ini tetapi keadaan tidak mengizinkan , Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan juga .

Saya BERASA DOSA andai saya tidak perenalkan Ulama yang saya kenali kepada Umum .

Masyarakat sekarang selalunya kenal ulama setelah ulama itu meninggal , Alhamulillah saya mula berazam untuk memperkenalkan ulama tempatan seramai munggkin kepada masyarakat umum , mudahan dengan usha ini ramai masyarakat dapat mengenali ulama kita yang masih wujud untuk kita sama ambil menafaat dengan mereka . ULAMA PEWARIS ANBIA , seharusnya kita mendekati mereka . Jangan setelah mereka meninggal barulah kita menyesal .
Saya akan tulis secara bersiri Insyallah . Terlebih dulu saya akan memperkenalkan Tuan Guru saya, Tuan Guru Hj Salleh . Memandangkan beliau sudah berusia 83 tahun sekarang (2011) maka saya dahului beliau supaya masyarakat mengenali beliau dan segera datang menimba ilmu dengan segera kepada beliau .

Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu:Khatijah bt Saad
Tempat lahir :Pekan Sik
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3
Pendidikan : –
1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah ,
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy ‘
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain .Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah . Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya . Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang .

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Tim Mudir .

Tn Guru menumpukan dakwah sepenuh masa di Pondok hingga sekarang dan beliau menyampaikan dakwah di setiap daerah di sekitar negri Kedah Darul Aman .KDYMM Sultan Kedah telah anugerahkan beberapa pingat kebesaran , diantaranya B.K.M , S.D.K dan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah tahun 2009 Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik

SEKARAN ULAMA ARAB TERUTAMNYA YAMAN , JORDEN , MESIR SERING MENZIARAHI TN GURU KERANA TN GURU MERUPAKAN ULAMA YANG SEMPAT MENDALAMI ILMU DENGAN ULAMA MUKTABAR MASJIDIL HARAM MAKKAH SATU KETIKA DULU INSYALLAH

Syeikh Yussuf Al Hassani (Lubnan)
Syeikh Muhammad Ibrahim (Mesir)
Habib Kazim ( Yaman )
Habib Abdullah ( Jeddah)
Syeikh Habib ( Jorden)
Saudara yang saya kasihi ,Tn Guru Hj Salleh merupakan ulama yang terkenal di Kedah sekarang kerana beberapa faktor ketokohan beliau , diantaranya beliau merupakan Tn Guru Pondok yang paling tua nisbah umur dikalangan Tn Guru Pondok disekitar Kedah .-ke 2 beliau merupakan tokoh ulama Tauhid di alam melayu sekarang , seluruh pelajar pondok seluruh Malaysia , Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid dengan Tn Guru Hj Salleh

– Ke 3 beliau sangat petah dalam penyampaian ilmu dan dakwah , mudah difahami apa yang beliau syarahkan

Kuliah minguan beliau setiap hari Jummat tidak kurang dari 3000 orang yang hadir . Setiap hari beliau gigih mengajar di Madrasah Ar Rahmaniah dan beliau keluar menyampaikan dakwah di seluruh daerah didalam Kedah , hampir 24 tempat beliau jelajah setiap bulan , Allah beri taufiq pada beliau , walau usia 83 tahun tetapi beliau masih bertenaga menyebarkan ilmu dan berjuang .
-Ke 4 ketokohan beliau tidak dapat dinafikan oleh kawan dan lawan ,tegas dalam hukum menyebabkan ramai suka dengan beliau . Allahyarham Pak Teh Keroh pernah berpesan pada muridnya” Kamu semua kena (perlu) pakai (ikut ) segala fatwa dari Tn Guru Hj Salleh Sik ”

(Tn Guru Hj Salleh menjadi imam solat jenazah Allahyarham Pak Teh Keroh )
-ke 5 beliau sangat aktif berjuang untuk memastikan Islam tertegak didalam negara Malaysia yang kita cintai. Wadah yang beliau pilih adalah PAS kerana ini merupakan amanat dari dua orang Guru beliau di Makkah iaitu Syeikh Qadir Mandili dan Syeikh Wan Ismail ( Pak Da Eil)
-ke 6 fikiran beliau sangat terbuka
-ke 7 beliau merupaka tempat rujuk kepada pimpinan tertinggi parti PAS Pusat , PAS Negeri dan termasuk Anwar Ibrahim sentiasa rujuk pada beliau .
-Banyak lagi yang saya masih simpan , saya tidak akan dedahkan sekarang kerana saya bimbang kedatangan fithnah atau risau orang tuduh saya taksub , tetapi Demi Allah saya telah dapati banyak KERAMAT yang ada pada beliau tidak kurang dari 12 perkara yang saya yakin guru saya bukan sebarangan orang , beliau diantara orang yang Allah kasih Insyallah . Insyallah apabila sampai masa nanti saya akan dedahkan semuanya .Seorang ulama di negeri Kedah apabila saya ziarahi beliau , beliau berkata ” Tn Guru Hj Salleh merupakan setengah daripada orang yang memiliki wilayah yang luas , sahabat dan musuh semua tunduk padanya”

ULAMA TEMPATAN YANG MENZIARAHI TN GURU HJ SALLEH

Tn Syeikh Nuruddin Al Banjari , pernah mengadakan Daurah di Pondok Sik
Tn Guru Hj Abd Hamid Seligi Kelantan
Dato Mufti Kedah , Syeikh Badarudin
ANUGERAH
Pingat S.D.K
Tokoh Guru Pondok Kedah 2010 dan banyak lagi .
Kelebihan Allah anugerahkan kepada Tn Guru merupakan kelebihan dunia Akhirat .
Mudahan Allah melanjutkan usia Tn Guru ,mudahan kita dapat mengambil menafaat dengan ilmu yang dimiliki beliau .

INSYALLAH ikuti lebih banyak cerita menarik mengenai guru saya dan ulama . Tolong doa agar saya Istiqamah , diberi taufiq dan dikuatkan Iman dalam meneruskan perjuangan

http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/05/tuan-guru-hj-salleh-musa-sik-kedah-yang.html

 
Leave a comment

Posted by on 20/05/2011 in Uncategorized

 

Gambar2 Lawatan Rasmi Presiden PAS Ke Kedah Darul Aman







 
Leave a comment

Posted by on 19/05/2011 in Uncategorized

 

ROS Beralasan PKR Melanggar Fasal 32.2.1 Tapi Fasal Ni Tak Wujud Pun Dalam Perlembagaan. Kenapa?

PETALING JAYA: Alasan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa KEADILAN melanggar salah satu fasal perlembagaan parti itu adalah aneh kerana ia tidak pernah wujud, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.Saifuddin berkata, dalam surat tunjuk sebab yang dialamatkan kepada Presiden KEADILAN, ROS memberi alasan parti itu melanggar fasal 32.2.1 Undang-undang berdaftar parti dengan merujuk pemecatan Rajagopal a/l Andaikalam pada 1 dan 27 April 2009.

“Fasal 32.2.1 tidak wujud dalam perlembagaan KEADILAN. Perkara aneh ini, mencerminkan niat jahat dan ‘mala fide’ ROS. Apakah ROS tidak membuat semakan perlembagaan KEADILAN yang diluluskan oleh mereka sendiri?,” soal Saifuddin ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.


Menurut Saifuddin, sekiranya alasan pemecatan ahli tanpa melalui lembaga disipin digunakan, ROS sepatutnya sudah lama mengharamkan Umno.

“Sebelum ini Umno memecat saya tanpa dihadapkan ke lembaga disiplin parti. Mengapa ROS tidak menggunakan alasan yang sama untuk mengharamkan Umno?,” katanya merujuk pemecatannya pada 20 September 1998 oleh Setiausaha Agung Umno ketika itu.

Tambah beliau, nama Rajagopal seperti yang tertera dalam surat berkenaan juga adalah salah kerana nama sebenarnya Jayagopal a/l Andaikalam.

Saifuddin berkata, Jayagopal dipecat melalui keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada mesyuarat bertarikh 26 April 2009 kerana bertanding dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau sebagai calon bebas.

“Fakta ini diketahui umum dan boleh didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya. Ia tidak boleh dinafikan. Justeru, adalah amat jelas dalam kes ini, penama tidak perlu dirujuk atas apa jua siasatan.

“Mana-mana parti politik tidak akan menerima keadaan di mana seorang anggotanya bertanding menentang parti sendiri,” kata Saifuddin sambil menambah, notis jawapan akan dihantar kepada ROS petang ini.

Sementara itu, Ahli Biro Politik KEAIDILAN, Sivarasa Rasiah berkata perkara pemecatan yang dibangkitkan tidak ada kena mengena dengan ROS memandangkan ia adalah isu dalaman parti.

“Inilah pertama kalinya dalam sejarah, apabila kita dengar isu pemecatan ahli dijadikan alasan untuk membatalkan pendaftaran parti. Saya yakin ada tangan Umno dan Barisan Nasional di belakang tindakan ini.

“Perkara ini cukup remeh dan bodoh yang cuba dilakukan untuk memberikan implikasi serius kepada KEADILAN. Tambahan dalam keadaan kita menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat,” ujar Siva.

http://www.keadilandaily.com/?p=13668

 
Leave a comment

Posted by on 19/05/2011 in Uncategorized

 

Ribuan VCD Lucah Diedar Semasa Majlis Solat Hajat. Kenapa Polis Tidak Halang?

Jumlah VCD lucah yang didakwa Anwar telah dirampas oleh PR mencapai jumlah 6532 keping. Satu jumlah yang begitu banyak. Paling teruk dan paling hina ia diedarkan sempena majlis solat Hajat, diedar oleh mereka yang mendakwa pembela Islam.

Paling sedih juga pengedarannnya video lucah itu dihalalkan polis atas nama UMNO kerana polis hanya membiarkan dan membutakan mata pengedaran itu berlaku. Sejarah baru Malaysia, pengedaran video lucah dibenarkan. Paling menghairankan juga penyebar video lucah boleh terlepas dari tindakan polis.

Anggota Unit Amal membawa sebakul VCD lucah yang dirampas ke balai polis untuk dibuat laporan

Salah satu tindakan keji Umno untuk mengekalkan kuasa dan kelucahan melampau UMNO. Pihak PR mengutuk keras tindakan itu dan menegaskan kepada pihak pimpinan Umno itu supaya bertanggungjawab dan berhenti melakukan tindakan keji ini atas sebab sensitiviti umum. Takkan tak reti pula, pakcik, makcik, ustaz, ustazah, remaja sekolah, belia, lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak tak cukup umur pun boleh pegang dan lihat VCD dan risalah lucah ini. Takkan main balun aje!!

Jadi kepada pihak UMNO, lawanlah secara jantan!! Takkan nak merosakkan masyarakat dengan video lucah.

 
Leave a comment

Posted by on 18/05/2011 in Uncategorized

 

Jom Beli… Gambar2 iPhone4 Putih Bakal Dibeli Hari Ini… Fuhhh Menawan..

IiPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

iPhone 4 *White*

 
Leave a comment

Posted by on 18/05/2011 in Uncategorized

 

Pendedahan Terbaru!!! Razak Baginda Dan Altantuya Ke Malta Besama VVIP Yang Masih Bebas. Siapa VVIP Tersebut???

Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene. Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael. Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini. Suara Keadilan minggu lalu, mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri./KD
 
Leave a comment

Posted by on 18/05/2011 in Uncategorized

 

Bekas Polis Maut Jatuh Bangunan Hotel 16 Tingkat, Elak Dicekup Khalwat Dengan Janda

Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.

– Bernama

 
Leave a comment

Posted by on 17/05/2011 in Uncategorized

 

Kem Bina Insan Bakal Bermula Pada 28 Mei – 1 Jun 2011… Jom Daftar Anak-Anak Kita..

ALOR SETAR, 16 Mei:  Program Kem Bina Insan yang akan bermula pada 28 Mei hingga 1 Jun 2011 di lima daerah di negeri ini adalah khusus untuk remaja yang berusia antara 13 hingga 15 tahun yang bertujuan untuk memantapkan lagi sahsiah pelajar, selain membimbing hala tuju golongan berkenaan ke landasan yang betul.

Seramai 250 peserta akan ditempatkan di Maktab Mahmud, Sik manakala 200 peserta di Maktab Mahmud, Kulim; 250 peserta di Sekolah Menengah Agama Baqiyatussolihat, Langkawi; 250 peserta di Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam dan 250 peserta di Sekolah Menengah Agama Al-Taklimiah Al-Khariah, Mukim Derga, Alor Setar.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YB. Dr. Ismail Salleh, antara pengisian program itu ialah hala tuju remaja Islam, panduan anak soleh, membimbing akhlak mulia dan menekankan aspek ibadah.

“Hubungan kekeluargaan juga turut dikupas supaya dapat mengeratkan hubungan anak remaja dengan ibu bapa,” katanya.

Beliau menjelaskan, program yang diadakan itu adalah antara usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha membantu mengurangkan gejala sosial di negeri ini dan akan diadakan setiap tahun berikutan mendapat maklum balas yang positif daripada ibu bapa.

“Kita mahu tekankan kepada remaja bahawa jika mereka tersalah memilih idola dalam hidup mereka, kemungkinan hala tuju mereka akan terjejas dan oleh itu, kem ini dapat membimbing mereka sedikit sebanyak mengenai kehidupan seorang remaja,” ujarnya.

Dr. Ismail memberitahu, program yang diadakan selama empat hari tiga malam itu diadakan bersempena cuti persekolahan bulan Mei 2011 dengan yuran pendaftaran sebanyak RM20 seorang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Kem Bina Insan di talian 019-5909733 atau layari laman web: kem-binainsan.blogspot.com.

Borang penyertaan boleh diperolehi di sekolah yang mengambil bahagian iaitu Maktab Mahmud, Sik (04-4625809), Maktab Mahmud, Kulim (04-4000104), Sekolah Menengah Agama Baqiyatussolihat, Langkawi (04-9533344),  Sekolah Menengah Agama Nurul Islam, Ayer Hitam (04-7940686) dan Sekolah Menengah Agama Al-Taklimiah Al-Khairiah, Mukim Derga, Alor Setar (04-7416944).

 
Leave a comment

Posted by on 17/05/2011 in Uncategorized

 

Walaupun Pernah Hidup Bersama Lebih 18 Tahun, Pengacara Zakiah Anas Mohon Bercerai. Kenapa?

Zakiah Anas.

PETALING JAYA: Personaliti TV3, Zakiah Anas menegaskan bahawa dia tidak akan kembali ke pangkuan suaminya, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib sekalipun lelaki tersebut berubah sikap.

Zakiah juga mengakui bahawa dirinya tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada Mohamad Yusof selain tiada persefahaman dalam perkahwinan yang dibina sejak 18 tahun lalu.

Sehubungan itu, wakil hakam (penimbangtara) Zakiah, Muhammed Shouib Awalludin membuat kesimpulan menasihatkan Mohamad Yusof untuk menceraikan isterinya dengan lafaz talak satu.

Perkara itu dinyatakan oleh Muhammed Shouib, yang merupakan seorang bekas kadi dalam laporan hakam tersebut yang dibentangkan di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Isnin.

Dalam majlis hakam, Mohamad Yusof diwakili oleh seorang imam masjid, Mohd. Azizi Mohd. Yaakob.

Sekiranya Zakiah nekad untuk tidak kembali ke pangkuan suami, Mohamad Yusof pula nekad untuk tidak mahu melafazkan cerai.

Mohamad Yusof berhasrat untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan tersebut kerana dia masih sayang kepada Zakiah dan tidak mahu krisis rumah tangga mereka memberi kesan terhadap dua anak lelaki mereka.

Menurut Mohd. Azizi, selain itu Mohamad Yusof ingin menyelamatkan Zakiah yang kian hanyut dengan memberi perumpamaan seperti `sampan yang hanyut dalam lautan luas’ kerana meninggalkan rumah tanpa izinnya.

Ekoran itu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad memutuskan agar wakil hakam itu untuk sekali lagi mencuba mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga pasangan tersebut.

Bagaimanapun tiada tarikh yang ditetapkan untuk perintah tersebut dilaksanakan.

Pada prosiding itu, Zakiah diwakili peguam syarie Abdullah Anuar Sahri manakala Mohamad Yusof tidak diwakili peguam syarie.

Keretakan rumah tangga pasangan tersebut bermula sejak tahun 2009 apabila Zakiah, 45, memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik di MahkamahRendah Syariah Shah Alam.

Dia kemudiannya meminda permohonan itu sebanyak dua kali, iaitu kepada fasakh dan taklik sebelum menarik semula permohonan pada 1 September 2009.

Serentak dengan penarikan itu, Mohamad Yusod, 49, menarik semula permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya.

Pada Januari 2010, Zakiah sekali lagi memfailkan permohonan untuk berceraisecara baik yang berlanjutan sehingga kini.

Zakiah dan Mohamad Yusof dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15 tahun.

 
Leave a comment

Posted by on 16/05/2011 in Uncategorized