RSS

Isu KUIN akan Ke Muktamar PAS… Sejauhmana Isu Tatatertib Mahasiswa Perlukan Campurtangan Kerajaan PR Kedah?

26 May

Kecewa dengan cara pengendalian isu tindakan tataterbib terhadap enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, sekumpulan mahasiswa mengugut untuk menggegarkan isu itu dalam muktamar PAS bulan depan.

NONEPengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, sekiranya dalam tempoh terdekat kepimpinan PAS masih berdiam, pihaknya akan memastikan ia menjadi antara isu utama yang dibahaskan.

“Pada waktu itu biar semua ahli PAS dan rakyat Malaysia menilai sama ada PAS benar-benar parti yang memperjuangkan hak dan keadilan ataupun sekadar parti politik yang memperjudikan hak dan keadilan untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

Pada 13 Mei lalu, sekumpulan mahasiswa menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan Kedah agar lebih profesional dalam berdepan dengan aktivisme pelajar kolej itu.

Institut pengajian tinggi itu milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memorandum berhubung tindakan pentadbiran KUIN memberi surat tunjuk sebab kepada enam pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

azlanDalam kenyataan hari ini, mahasiswa hanya mahukan “suara lantang” kepimpinan tertinggi PAS dalam menasihati kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Ahmad Syukri berkata, mereka kecewa kerana walaupun seorang pemimpin Pemuda, termasuk ketuanya Nasaruddin Hassan menjamin isu itu akan diteliti, enam mahasiswa tersebut tetap menerima hukuman pada 25 mei dan rata-ratanya digantung satu hingga dua semester.

“Tindakan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghantar Ketua Pemuda juga dilihat tidak mempamerkan keseriusan diperingkat tertinggi PAS terhadap isu ini,” katanya.

Menurut Ahmad Syukri lagi, Nasaruddin tidak memiliki autoriti besar untuk bersuara dalam permasalahan yang melibatkan Azizan.

“Ustaz Nasaruddin sebagai ketua Pemuda hanya memiliki autoriti dalam perkara yang melibatkan hal ehwal pemuda, natijahnya kehadiran Ustaz Nasaruddin tidak menyumbang penambahbaikan terhadap isu bahkan gagal menasihatkan KUIN daripada terus bersikap kuku besi terhadap mahasiswa,” katanya.

 
Leave a comment

Posted by on 26/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: