RSS

Maklumat Terkini Tragedi Tanah Runtuh… 25 Orang Mangsa Terperangkap Dalam Runtuhan – 19 Ditemui Dengan 10 Darinya Meninggal Dunia. Seorang Lelaki Selamat Setelah 8 Jam Tertimbus

22 May

alt

TERBARU: HINGGA jam 11.45 malam ini, sumber dimaklumkan bukannya 24 tetapi 25 mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Ulu Langat petang tadi.
19 mangsa sudah berjaya dikeluarkan, 10 darinya meninggal dunia, semuanya kanak-kanak, sembilan berjaya dikeluarkan dengan selamat termasuk seorang dewasa dipercayai sukarelawan.
Seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh dikeluarkan dengan selamat.
Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam.

Manakala tujuh lagi masih hilang dan Suasana di sana masih hujan dengan lebih 300 petugas berbagai agensi terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.
Sebelum itu, dalam kejadian jam 2.15 petang tadi, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini Sabtu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong  Liew, Menteri Kerjaraya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor turut berada di lokasi memantau keadaan.
Sebuah rumah penduduk dijadikan stesen perubatan semantara di mana doktor pakar dari Hospital Ampang bertugas memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang dikeluarkan sebelum dihantar Hospital berdekatan. Semua yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa berusia 22 tahun dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit itu.
Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata polis akan menyiasat punca kejadian.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga 8.20 malam operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

 
Leave a comment

Posted by on 22/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: