RSS

Presiden Swiss Dengan Lantang Menyeru Tindakan Serius Terhadap KM Sarawak Diambil Segera

14 May
Dalam sepucuk surat yang ditujukannya kepada badan NGO yang beribu-pejabat di Switzerland, the Bruno Manser Foundation, Presiden Persekutuan Swiss Micheline Calmy-Rey telah mendedahkan bahawa dia telah mengemukakan maklumat mengenai harta Taib Mahmaud kepada badan penasihat kewangan pasaran Swiss, FINMA, untuk disiasat. Calmy-Rey adalah ketua persekutuan negara bagi Switzerland. Surat berkenaan, yang dihantar pada 8hb April yang lalu bertajuk “Membekukan apa sahaja aset milik Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia, di Switzerland”.
Dalam surat itu Presiden Swiss itu dengan lantang menyeru kepada pihak-pihak berwajib di negaranya untuk mengambil segala langkah yang serius mengenai kritikan dan bantahan di seluruh dunia mengenai harta Taib yang beliau perolehi secara haram dari pembalakan, dan meluahkan rasa tidak puas hatinya bahawa harta Taib mungkin dilaburkan di Switzerland.
Pujian kepada Bruno Manser Foundation
Presiden Calmy-Rey memulakan suratnya dengan mengucapkan terima kasih kepada Bruno Manser Foundation atas komitmen yayasan itu menentang rasuah. Yayasan itu telah ditubuhkan sebagai memperingati Bruno Manser, seorang pejuang alam sekitar berbangsa Swiss yang telah hilang secara bermisteri di Sarawak setelah berkempen menentang pembalakan haram bagi pihak kaum Penan. Baru-baru ini yayasan BMF adalah pelopor kepada rapat-rapat umum antarabangsa yang diadakan di luar harta yang dikaitkan dengan Taib Mahmud, termasuk di London, Seattle, San Francisco, Tasmania, Sydney, Adelaide dan Ottawa.
Yayasan Bruno Manser menegaskan bahawa Taib Mahmud dipercayai telah melabur dengan banyaknya di dalam sistem perbankan Swiss dan salah seorang dari ahli keluarganya juga berkahwin dengan bangsa Swiss. Sejak beberapa dekad yang lalu Taib dikatakan melabur di Switzerland sehingga suatu ketika tidak lama dahulu dia telah beralih ke negara Monaco, sebuah negara yang terkenal dengan kelonggaran peraturannya dalam pekara yang berkaitan dengan penyelewengan kewangan. Malah, keluarga Taib telah secara umumnya mengeratkan hubungan mereka dengan Putera Albert dari Monaco sejak dua-tiga tahun yang lalu, termasuklah membiayai yayasan milik putera itu, yang dikatakan mempunyai kepentingan terhadap alam sekitar!
Putera Albert telah mengadakan lawatan di-Raja ke Mulu Resort pada tahun lalu, yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Taib Mahmud, setelah kawasan itu dirampas dari kaum Berawan.
Keseluruhan kawasan hutan di situ telah ditebang dan kini menghadapi masalah banjir berskala besar, sejajar dengan rancangan Taib untuk membina empangan di sungai-sungai di seluruh Sarawak. Ini adalah sebahagian dari projek SCORE, yang dikatakan menjanjikan kontrak yang lumayan kepada keluarga Taib Mahmud.
Kini pihak UN telah menjelaskan hasratnya untuk menarik-balik status Warisan Dunia ke atas kawasan Taman Negara Mulu yang pernah suatu ketika mendapat pengisytiharannya. Keraguan seperti ini, di samping pendedahan-pendedahan lain mengenai kesalahan rampasan tanah yang dilakukan oleh keluarga dan kroni Taib Mahmud secara meluas dan juga tanggapan masyarakat dunia mengenai dominasi 30 tahun Taib berkuasa ke atas negeri Sarawak.
Surat utama
Di dalam suratnya kepada yayasan Bruno Manser, Presiden Persekutuan Swiss itu menyatakan bahawa dia merujukkan kepada sepucuk surat:
“aset-aset yang disyaki milik Ketua Menteri bagi negeri Sarawak di Malaysia, dan orang-orang yang dalam rombongannya”.
Surat itu seterusnya mengandungi ucapan terima kasih kepada yayasan BMF atas “komitmen mereka menentang rasuah” dan telah mengesahkan ‘akan mengembalikan dana-dana’ kepada pihak berkuasa sesebuah negara penaja pelaburan itu. Calmy juga menyatakan bahawa negaranya telah mengembalikan 1.7 billion Swiss Franks dengan cara sedemikian (yang mereka anggap sebagai sebahagian kecil dari keseluruhan nilai kekayaan peribadi milik Taib Mahmud).
Dalam suratnya juga presiden Swiss itu menegaskan bahawa dia sendiri telah ambil maklum mengenai kempen anti rasuah pembalakan dan menganggap perkara itu sebagai amat serius. Dia juga telah mengesahkan bahawa, secara peribadi, menyerahkan perkara itu kepada FINMA, sebuah badan Swiss yang paling berkuasa yang menjalankan siasatan terhadap kesalahan penyelewengan wang.
Pihak kami kini sudah dapat melaporkan bahawa FINMA telah menghubungi yayasan Bruno Manser sebagai langkah memaklumkan bahawa FINMA telah dipertanggungjawabkan untuk menyiasat aset-aset milik Taib Mahmud dan akan mengeluarkan segala laporan mengenai tugas mereka itu.
Peranan utama Kerajaan Malaysia
Dalam suratnya juga, Presiden Calmy-Rey telah menjelaskan bahawa dalam masalah penyelewengan wang awam, Kerajaan Malaysia dibebani tanggungjawab untuk memohon kerajaan Swiss membekukan aset-aset yang berpotensi sebagai haram, maka negara-negara seperti Switzerland akan tertekan kerana menunggu suatu keadaan sehingga Taib disingkirkan.
Sebaliknya Presiden Switzerland itu telah secara rasminya merujukkan tindakan negaranya membekukan aset-aset yang dilaburkan oleh tokoh-tokoh bermasalah dari Libya, Mesir dan Tunisia yang telah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan undang-undang.
Persoalannya di sini, adakah PM Malaysia Najib Razak sanggup dan bersedia untuk bertindak ke atas pembiaya utamanya itu? Di Malaysia Taib dipercayai mendominasi BN, kerana telah berjaya memenangi banyak kerusi DUN di kawasan-kawasan pedalaman Sarawak. Jika Najib gagal bertindak menjalankan siasatan sebagai mana yang disyaratkan oleh pihak berkuasa Swiss, masalah ini tetap akan menular dengan lebih buruk lagi.
 
Leave a comment

Posted by on 14/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: