RSS

Penyanyi Veteran Meninggal Dunia – Al fatihah

13 May
Rakan artis iaitu Datin Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Datuk Sarimah Ahmad serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez melawat penyanyi Datin Orchid Abdullah di rumahnya di Dataran Ukay, Ampang, 27 April lalu. – Foto RAJA FAISAL HISHAN

PETALING JAYA: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Nur Shafinaz Mokhtar, 31, menerusi akaun Twitter miliknya, jenazah akan dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjis As Sobirin, Keramat AU1 untuk disembahyangkan.

Kemudian, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Keramat AU1 selepas solat Asar.

“Doakan dia (Orchid) dirahmati Allah dan ditempatkan dengan golongan orang yang beriman,” katanya pada Twitter tersebut.

Penyanyi yang popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu telah dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi, Khamis.

Setelah tiba di hospital, Allahyarham yang ditempatkan di wad biasa pada mulanya dipindahkan pula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemeriksaan lanjut.

Selain Shafinaz, Allahyarham telah meninggalkan tiga orang anaknya Nur Shalina, 42, Md. Nor Shareen, 39, Mohd. Noor Shafri Mokhtar, 35 serta suami Datuk Mokhtar Omar, 70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital berkenaan kerana komplikasi kesihatan yang serius.

Difahamkan, ibu saudara Shafinaz yang rapat dengan keluarganya, Rogayah Yaakob, 59, juga ditempatkan di hospital sama sejak Jumaat lalu kerana penyakit asma.

 
Leave a comment

Posted by on 13/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: