RSS

Ketua Pembangkang Disaman Menteri Dalam Negari -“Saya Diheret Ke Dalam Skandal Dan Dibenci ….”

13 May

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengucapkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung video lucah yang memaparkan aksi mirip seorang pemimpin pembangkang bersama seorang wanita.

Hishammuddin memfailkan saman itu pada 26 April lalu melalui Tetuan Zul Rafique & Partners di Mahkamah Tinggi Sivil Baru di sini.

 Pihak media memperoleh writ saman itu melalui carian semula fail.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Hishammuddin berkata, Anwar mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis berhubung video lucah itu, pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Beliau berkata, semasa wawancara itu, Anwar mengucapkan kata-kata fitnah yang kemudiannya diterbitkan secara meluas di media dan juga internet.

Hishammuddin, 50, berkata, kata-kata itu antara lain bermaksud bahawa beliau bertanggungjawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Menteri itu berkata, kata-kata terbabit juga antara lain bermaksud beliau yang mengatur penayangan video itu dan berkomplot dengan Perdana Menteri dan pihak atasan polis berhubung penayangan video itu.
Beliau berkata, pada 8 April lalu, peguamcaranya menulis surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya yang dibuat kepada media, juga menerbitkan permintaan maaf dan supaya Anwar tidak mengulangi sebarang kata-kata yang diucapkan.

Bagaimanapun, pada 22 April, Anwar melalui peguamcaranya membalas surat itu dengan menafikan bahawa kata-kata itu adalah bersifat fitnah.

Hishammuddin berkata, penerbitan kata-kata fitnah itu menyebabkan kerosakan teruk dari segi reputasi peribadi dan profesional, jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri, di mata rakyat Malaysia.

Menteri itu mendakwa bahawa disebabkan penerbitan kata-kata fitnah itu, beliau diheret ke dalam skandal dan dibenci di samping reputasi peribadi dan profesional tercemar dengan teruk.

Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menahan Anwar sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya, menerbitkan atau terus menerbitkan kata-kata itu yang menfitnahnya.

Mahkamah menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan kes itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera. – BERNAMA

 
Leave a comment

Posted by on 13/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: