RSS

Monthly Archives: May 2011

Sungguhpun EXCO Ini Sibuk, Bakti Bersama Masyarakat Setempat Terus Disantuni

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7580.jpg http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7586.jpg

PADANG SERAI, 28 Mei 2011 – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali telah turun padang untuk program ziarah dan sumbangan kepada penduduk di DUN beliau.

 

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7591.jpg http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7599.jpg

Walau pun sibuk dengan tugasan beliau selaku Exco kerajaan negeri namun beliau yang juga merupakan ADUN Merbau Pulas masih sempat bersama-sama ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan, PKWR Merbau Pulas, MKK dan beberapa orang pimpinan masyarakat melapangkan masa melawat 35 buah rumah di sekitar Kampung Labu Besar, Padang Ubi dan Kampung Bikan.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7605.jpg http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7610.jpg

 

Antara sasaran lawatan beliau termasuklah ibu-ibu tunggal, OKU, pesakit kronik, golongan tidak berkemampuan dan orang-orang tua yang sakit dan uzur.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7612.jpg  http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7617.jpg

“Program sebegini kerap kita laksanakan di DUN Merbau Pulas. Ahli Jawatankuasa PKWR akan menyusun tempat-tempat untuk dilawati dan kita akan turun beramai-ramai menziarahi mereka.

 http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7619.jpg http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7631.jpg

“Dalam masa terdekat ini, kita juga akan mengadakan program yang sama tetapi sasaranya terdiri dari orang-orang India dan Cina pula,” ujarnya.

http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7636.jpg  http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7645.jpg

Sambutan dari masyarakat setempat amat menggalakkan. Mereka bersama-sama mengiringi beliau melawat rumah-rumah yang kebetulan menjadi jiran mereka.

 http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7652.jpg http://wartakedah.net/images/stories/Mei2011/img_7667.jpg

Lawatan beliau tersebut turut disertai Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Kedah, Ustazah Fatimah Wan Teh dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri Kedah, Puan Sarina Ismail.

 
Leave a comment

Posted by on 31/05/2011 in Uncategorized

 

Isu KUIN : Presiden Pelajar Ucapkan jutaan terima kasih kepada MB Kedah Atas Nasihat Dan Laluan Rayuan

May 30, 2011, 6 mahasiswa KUIN yang telah dikenakan hukuman tatatertib akan bertindak menghantar surat rayuan kepada ketua panel tatatertib hari ini. Mohd Faiz Arshad selaku Presiden Mahasiswa yang juga dikenakan hukuman tatatertib itu mengulas kenapa mereka perlu untuk berbuat demikian. Katanya ” kami akan bertindak untuk membuat rayuan bantahan terhadap kes ini kerana melihat perlu untuk mengikut prosedur hukuman tatatertib selanjutnya. Disini kami ingin menyatakan kami bersedia dengan segala jawapan daripada panel tatatertib melalui prosedur rayuan dibuat dan besedia untuk dibawa ke mahkamah sekiranya kes ini tidak diselesaikan dengan baik” . Menurutnya, hukuman tatatertib kepada 6 mahasiswa KUIN yang di tuduh terbabit dalam pertuduhan salah laku pelajar itu sebenarnya tidak adil dan mereka tidak diberikan hak pembelaan sepenuhnya keatas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka.

Walaubagaimanapun Mohd Faiz selaku Presiden Mahasiswa KUIN mengucapkan jutaan terima kasih kepada MB Kedah iaitu Ustaz Azizan dalam keterbukaan bagi menyelesaikan kes ini.”Jutaan terima kasih kepada MB kedah diatas nasihat & laluan rayuan yang diberikan kepada 6 OKT dalam sidang media tempoh hari. segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amat kami hargai.” katanya semalam.

” kami mengharapkan pihak berwajib terhadap isu ini perlu lebih terbuka dalam menangani masalah yang berlaku dan bukan hanya tunduk dan tidak mengambil peduli kepada masalah yang lebih besar dalam KUIN”. Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk berdemostrasi sekali lagi sekiranya masalah dalaman KUIN tidak diselesaikan secara baik walaupun telah melalui prosedur perbincangan dengan pihak pentadbiran. Beliau menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mana menyatakan demostrasi yang berlaku sebelum ini tidak dibawa perbincangan terlebih dahulu dengan pihak pentadbiran. ” demostrasi berlaku sebenarnya adalah natijah daripada perbincangan sebelumnya” katanya. Beliau mengharapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan hukuman kepada 6 mahasiswa terbabit digugurkan dan ditarik balik.

Berita MPM KUIN.

 
Leave a comment

Posted by on 30/05/2011 in Uncategorized

 

Video : Apa MB Kedah Katakan Berkaitan Hukuman Terhadap Pelajar KUIN Yang Dijatuhkan Hukuman

http://www.facebook.com/v/10150193066469326

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

“Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standidalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri,” katanya dipetikHarakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

“Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

“Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti,” katanya.

auku, university demoDalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

auku, university demoMenjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

“Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

“Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti,” katanya lagi.

 

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.

 
Leave a comment

Posted by on 28/05/2011 in Uncategorized

 

Ada Video: Kekalkan Harga Barang, Strategi BN menjelang PRU 13 – Jika Sebaliknya BN Akan Kalah Teruk

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kenaikkan harga minyak RON95 serta barang keperluan lain akan bertambah serius sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihan raya Umum ke-13 akan datang yang dijangka diadakan dalam masa terdekat ini.

Ketua Penerangannya, Lee Khai Loon berkata tindakan kerajaan pusat tidak menaikkan harga minyak dan barang keperluan lain hanya strategi politik mereka bagi menghadapi pilihan raya.

Malah katanya, pengumuman tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG dibuat kerana Umno-BN sedar tindakkannya itu hanya akan menyebabkan rakyat menolak parti itu sekali gus kehilangan kuasa pemerintahan di Malaysia.

“Dengan kata lain, jika UMNO-BN terus diberi kuasa atau merampas balik 2/3 majoriti kerusi di Parlimen, maka kecenderungan harga barang naik selepas PRU13 akan bertambah serius.

“Lebih membimbangkan adalah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang telah ditolak oleh rakyat jelata selama ini akan dilaksanakan semula oleh UMNO-BN sekiranya mereka menang besar dalam PRU13,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Lee Khai Loon, meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan tindakan kabinet itu tiada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang, namun kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga barang kawalan seperti RON97, tepung, gula dan sebagainya.

Dalam pada itu, AMK turut kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggambarkan subsidi bahan api ibarat ‘candu’ kepada rakyat.

Justeru katanya, polisi kerajaan itu jelas bercanggah dengan konsep rakyat didahulukan seperti yang selalu diuar-uarkan oleh kerajaan 1 Malaysia.

“Kerajaan telah memotong subsidi yang penting untuk rakyat tetapi langsung tidak menyentuh subsidi berbilion-bilion yang diberi kepada syarikat pengeluar tenaga Bebas (IPP),” ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan kerajaan yang mengabaikan kepentingan rakyat ini telah menyebabkan beban kehidupan harian rakyat yang semakin berat, manakala rungutan dan kemarahan rakyat juga kian bertambah.

“Oleh itu, AMK berpendapat bahawa kenaikan harga barang yang tidak terkawal menunjukkan kerajaan UMNO-BN gagal dalam mengendalikan ekonomi negara dengan cekap.

“Rakyat jangan terpedaya dengan taktik menunda dimana akhirnya akan seperti katak yang dimasak dengan air hangat,’ katanya. -tvsnews

BN ‘korban’ tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13, dakwa DAP

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Lim (gambar), langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.

“Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

“Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api.

“Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

“Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat,” katanya.

Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

“Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

“Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

“Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang,” katanya.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata, harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.-TMI

 
Leave a comment

Posted by on 27/05/2011 in Uncategorized

 

Isu KUIN akan Ke Muktamar PAS… Sejauhmana Isu Tatatertib Mahasiswa Perlukan Campurtangan Kerajaan PR Kedah?

Kecewa dengan cara pengendalian isu tindakan tataterbib terhadap enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah, sekumpulan mahasiswa mengugut untuk menggegarkan isu itu dalam muktamar PAS bulan depan.

NONEPengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, sekiranya dalam tempoh terdekat kepimpinan PAS masih berdiam, pihaknya akan memastikan ia menjadi antara isu utama yang dibahaskan.

“Pada waktu itu biar semua ahli PAS dan rakyat Malaysia menilai sama ada PAS benar-benar parti yang memperjuangkan hak dan keadilan ataupun sekadar parti politik yang memperjudikan hak dan keadilan untuk menang dalam pilihan raya,” katanya.

Pada 13 Mei lalu, sekumpulan mahasiswa menghantar memorandum kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuntut beliau campurtangan dengan menasihati kerajaan Kedah agar lebih profesional dalam berdepan dengan aktivisme pelajar kolej itu.

Institut pengajian tinggi itu milik kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Memorandum berhubung tindakan pentadbiran KUIN memberi surat tunjuk sebab kepada enam pelajarnya yang didakwa terlibat dalam demonstrasi membantah kewujudan Sekolah Insan Bestari di kawasan Kolej Kediaman Ar-Razi.

azlanDalam kenyataan hari ini, mahasiswa hanya mahukan “suara lantang” kepimpinan tertinggi PAS dalam menasihati kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Ahmad Syukri berkata, mereka kecewa kerana walaupun seorang pemimpin Pemuda, termasuk ketuanya Nasaruddin Hassan menjamin isu itu akan diteliti, enam mahasiswa tersebut tetap menerima hukuman pada 25 mei dan rata-ratanya digantung satu hingga dua semester.

“Tindakan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menghantar Ketua Pemuda juga dilihat tidak mempamerkan keseriusan diperingkat tertinggi PAS terhadap isu ini,” katanya.

Menurut Ahmad Syukri lagi, Nasaruddin tidak memiliki autoriti besar untuk bersuara dalam permasalahan yang melibatkan Azizan.

“Ustaz Nasaruddin sebagai ketua Pemuda hanya memiliki autoriti dalam perkara yang melibatkan hal ehwal pemuda, natijahnya kehadiran Ustaz Nasaruddin tidak menyumbang penambahbaikan terhadap isu bahkan gagal menasihatkan KUIN daripada terus bersikap kuku besi terhadap mahasiswa,” katanya.

 
Leave a comment

Posted by on 26/05/2011 in Uncategorized

 

Hebat MBku Ini… Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Tapak Pekan Sehari Naka, Turut Serahkan Geran Tanah Kepada Penduduk

KUALA NERANG – Menteri Besar, YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turun padang di tapak Pekan Sehari Naka, Padang Terap pada 26 Mei ini untuk memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Kerajaan Negeri kepada masyarakat setempat dan juga menyampaikan geran tanah kepada penduduk.

Program Pemimpin Bersama Rakyat berkenaan adalah majlis keempat yang bakal diadakan dan sebelum ini sudah diadakan di daerah Sik, Bandar Baharu dan Pendang.

Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd Ghani Ahmad berkata, pelbagai program diatur dan program berkenaan turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini.

Menurutnya, rakyat khususnya di daerah Padang Terap berpeluang untuk mengetahui maklumat terkini mengenai isu semasa daripada YAB DS Ustaz Azizan sendiri.

Katanya, jamuan kenduri rakyat turut diadakan bagi meraikan kira-kira 3,000 penduduk yang bakal hadir ke majlis berkenaan.

“Program ini adalah yang dirancang di bawah Exco Penerangan dan Pembangunan Usahawan dalam usaha untuk mendekatkan pemimpin negeri dengan rakyat.

“Pemimpin dan wakil rakyat terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen dari PR juga akan melawat 20 kampung di tiga mukim iaitu mukim Pedu, mukim Tekai Kanan dan mukim Tekai Kiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Ghani berkata, YAB DS Ustaz Azizan juga akan meluang masa untuk melawat kawasan projek tanaman mangga dan nangka mastura di daerah ini.

Menurutnya, peluang berkenaan harus digunakan sebaik mungkin oleh masyarakat di daerah Padang Terap untuk bertemu dengan semua pemimpin-pemimpin PR dari seluruh negeri ini.

 
Leave a comment

Posted by on 25/05/2011 in Uncategorized

 

28 Mei 2011 (5.16 petang) Penentuan Arah Qiblat: Kedudukan Matahari Betul-Betul Tepat Di Atas Ka’bah.

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam

Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat.  Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah.  Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH ‘Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…

Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:

  • 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
  • 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Ihsan Falak Online

Apa yang perlu dilakukan?

Sebelum

  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat.  Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio.  Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul.  Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.

Ketika peristiwa ini berlaku:

  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu.  (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.

Selepas.

  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.

Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat.  Sebarkan, insyaALLAH…

Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat  dari website Falak Online berkenaan hal di atas atau mendownload PDF file berikut:  [KLIK SINI].

WAllahu Ta’ala A’lam.

Shahmuzir Nordzahir

www.muzir.wordpress.com

 
Leave a comment

Posted by on 24/05/2011 in Uncategorized