RSS

Adakah PAS Kedah Bersedia Seandai Pilihanraya Umum 13 Diadakan Pada Tahun Ini? Gerakan Gelombang Bersepadu Babitkan Siapa?

Oleh Harakah Kedah
ALOR SETAR: Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar yakin Pilihan Raya Umum akan berlangsung sebelum hujung tahun ini.
Menjelaskan perkara itu beliau berkata, Presiden Umno, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan Pilihan Raya Umum sebelum Perhimpunan Agung Umno memandangkan gelombang untuk menjatuhkannya terlalu kuat ketika ini.
Antara perkara tersebut ujar Mahfuz, dapat dilihat dengan terbit buku yang mengecam dan mengkritik Najib.
“Jika pilihan raya diadakan selepas Himpunan Agung Umno, akan ada kumpulan-kumpulan gerakan untuk menjatuhkan Najib ini mengambil kesempatan mengkritik Najib dalam Himpunan Agung Umno dan akan ada tuntutan-tuntutan untuk mendesak Najib berundur.
“Sebab itu saya yakin pilihan raya akan diadakan dalam tahun ini,” terang beliau pada Iftar Perdana dan Taklimat Gerakan Gelombang Bersepadu sempena Sambutan Nuzul Quran PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, di sini 19 Ogos baru-baru ini.
Tambah Mahfuz lagi, jika sekiranya Najib melakukan rombakan Kabinet sekalipun, akan berlaku pergolakan dalaman Umno yang lebih dahsyat.
Mengulas mengenai Gerakan Gelombang Bersepadu PAS Kedah, beliau menegaskan bahawa jentera PAS di semua peringkat perlu melakukan pengurusan maklumat agar sampai ke corong telinga rakyat serta melaksanakan keadilan dan ihsan.
Jelas beliau, keadilan dan ihsan merupakan dua elemen dakwah yang membawa kepada gelombang besar penerimaan kepada Islam sebagaimana dapat difahami dari Surah An-Nasr dan peristiwa Fathu Makkah di mana manusia berbondong-bondong menerima Islam.
Terangnya, Islam di masa Nabi Muhammad SAW semakin diterima antaranya melalui pelaksanaan keadilan dan ihsan.
Maka tegas Mahfuz, kejayaan hari ini juga boleh dicapai berdasarkan penyebaran dan penguasaan maklumat dari pelaksanaan program-program keadilan dan ihsan.
 
Leave a comment

Posted by on 25/08/2011 in Uncategorized

 

Polis Berjaya Tahan Suspek Tetak Ayah Sendiri Sampai Mati Kelmarin

ALOR SETAR: Polis telah menahan suspek kes pembunuhan seorang warga emas dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Pasir Putih, Tualak, Kuala Nerang dekat sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan (DSP) Ku Yaacob Ku Hamad berkata serbuan dilakukan hasil maklumat jiran itu berjaya menahan suspek lelaki berusia 33 tahun ketika dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah kira-kira pukul 1.45 pagi.

Katanya jiran mengesyaki suspek, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa, pulang ke rumah setelah mendapati lampu rumah dinyalakan sedangkan rumahitu tidak berpenghuni selepas kejadian ngeri Khamis lalu.

Suspek yang terkejut dengan kehadiran pihak polis cuba melarikan diri tetapi gagal ekoran tindakan polis mengepung dan memasuki rumah melalui pintu utamayang tidak berkunci.

“Ketika ditahan suspek masih berpakaian sama seperti kejadian Khamis lalu iaitu memakai seluar berwarna coklat,” katanya kepada pemberita di sini hariini.

Ku Yaacob berkata dalam serbuan awal pagi itu, seramai 30 anggota polis dan 24 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan bagi menjejaki suspek.

Beliau berkata polis akan membawa semula suspek ke tempat persembunyiannya sejak dua hari lalu bagi mencari sebilah parang yang dipercayai digunakan untukmenetak mangsa sehingga mati.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian pukul 7 malam Khamis lalu Seman Sirun, 60, mati akibat ditetak dengan parang manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 58, cedera di bahagian kepala selepas turut terkena tetakan suspek.

BERNAMA

 
Leave a comment

Posted by on 14/08/2011 in Uncategorized

 

Gambar TG Nik Aziz Memberi Sumbangan Kepada Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan

https://i2.wp.com/a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/254703_10150258363012592_358919387591_8140095_1792563_n.jpg

YAB Tuan Guru Menteri Besar menyampaikan cek penghargaan kepada bekas pemain bola sepak Kelantan, Indera Petra Mahayuddin petang kelmarin di atas kejayaan membantu pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia tahun lepas. Turut menerima penghargaan ialah dua lagi bekas pemain Nur Farhan dan Azizi Mat Ros. Pemain-pemain lain telah menerima sumbangan awal tahun ini. Gambar oleh : Salmah Husain.

 
Leave a comment

Posted by on 08/08/2011 in Uncategorized

 

PRU 13 Bulan September Nanti?

Berita baru masuk!! Sumber dalaman memaklumkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung pada musim perayaan iaitu pada pertengahan September. Persediaan untuk pilihanraya kini berada di peringkat akhir dan juga di mana-mana bahagian yang terlibat dalam misi BN mempertahankan Putrajaya. Ini berikutan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang menghampiri kemuncaknya pada akhir bulan September.

Berkemungkinan besar, Najib akan dikenakan ‘sapena’ di Mahkamah Perancis yang memaksa kehadiran Najib dalam perbicaraan yang melibatkan salahlaku urusniaga pembelian Scorpene. Berikut adalah berita mengenai butir-butir perbicaraan rasuah di mahkamah Perancis kelak;

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Komisen ketiga pembelian kapal selam Scorpene yang dibayar ‘pegawai peringkat tinggi’ kerajaan Malaysia akan didedahkan ketika perbicaraan rasuah  itu di mahkamah Perancis, September ini.Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel sebelum ini mendedahkan bukti baru  bahawa komisyen ketiga itu dibayar lebih besar daripada sebelumnya kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang berjumlah RM540 juta, lapor KeadilanDaily.
Perimekar dimiliki sepenuhnya Ombak Laut, syarikat Abdul Razak Baginda iaitu kenalan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dari hukuman gantung kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Penyiasat persendirian yang pernah bertugas dengan Abdul Razak, P Balasubramanian pernah mendedahkan dalam akuan bersumpahnya yang Najib mempunyai hubungan dan turut terlibat dengan pembunuhan itu.
Cynthia ketika dihubungi berkata, perbicaraan di mahkamah Perancis itu juga dijangka mendedahkan individu ketiga yang menaiki penerbangan ke Macau pada 2002.
Individu ‘misteri’ itu bersama  Abdul Razak dan Altantuya dikesan menaiki pesawat ke pulau itu bagi urusan pembelian kapal selam berkenaan.
“Melalui mahkamah kita dibenarkan untuk akses kepada dokumen syarikat yang menjalankan urusniaga,” kata Cynthia kepada Keadilandaily. – hdaily

Panggilan sapena terhadap Najib akan memberi impak yang sangat besar dan untuk mengimbangi impak tersebut, Najib memerlukan sebuah kerajaan baru yang mempunyai mandat lebih besar. Dalam masa yang sama, pembubaran Parlimen akan mengalih perhatian rakyat daripada perbicaraan di Perancis yang dijangka berlangsung akhir bulan September.

BN menjangkakan mereka masih mempunyai kekuatan di kawasan majoriti melayu terutamanya di luar bandar. Sementara mereka masih memiliki ‘cengkaman’ ke atas pengundi melayu yang tidak bermaklumat, Najib mengharapkan BN masih berjaya bertahan di Putrajaya dalam PRU kali ini walaupun dengan hanya majoriti mudah sepertimana pilihanraya Mac 2008.

Najib sememangnya tidak mempunyai banyak pilihan kerana apabila di’sapena’ oleh mahkamah Perancis, samada Najib hadir atau tidak hadir ia pasti mengundang kemusnahan besar ke atas kempen BN untuk pertahan Putrajaya terutamanya kehilangan sokongan pengundi melayu. Ini tidak mungkin dibenarkan berlaku oleh Najib dan hanya pilihanraya dalam masa terdekat sahaja yang boleh menyelamatkan Najib.

Baru-baru ini Muhyidin juga telah memberi klue yang cukup jelas dengan mengatakan pilihanraya akan berlaku dalam masa dua-tiga bulan lagi. Sebelumnya, dapat dilihat pelbagai persediaan telah di atur oleh pihak kerajaan termasuklah pengenalan sistem biometrik untuk pilihanraya umum ke-13, satu sistem yang sangat diragui berbanding cara manual dakwat kekal.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan besar yang bakal berlaku. Pertembungan yang berbentuk ‘sistem dua parti’ dalam PRU-13 dikatakan satu pertembungan paling sengit dalam sejarah. Juga hebat diperkatakan yang Barisan Nasional akan tumbang buat kali pertama dan terakhir…

 
Leave a comment

Posted by on 27/07/2011 in Uncategorized

 

Isteri Allahyarham Sarbaini Syaki Ada Unsur Jenayah – Tuntut Pihak Polis Lakukan Siasatan Menyeluruh

Maziah Manap balu Allahyarham Sarbaini Mohamed yang dijumpai mati di bangunan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur mengesyaki wujud unsur jenayah serta mahu polis menyiasat.

NONE“Kami sukacita menegaskan bahawa kami tidak menuduh bahawa arwah telah dibunuh, namun kemungkinan terdapat unsur-unsur jenayah atau foul play yang menyebabkan kematian arwah tidak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Maziah berkata rasa curiganya timbul selepas Raja Petra menerusi tulisannya mendedahkan bahawa allahyarham ‘didera’ sebelum menemui ajal.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa seorang penolong penguasa SPRM telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM yang terletak bersebelahan bilik pantri di aras tiga bangunan itu.

Tidak menuduh

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri),” tulis Raja Petra.

Beliau juga dalam blognya berkata pegawai SPRM itu dilaporkan berkata ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.’

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulis Raja Petra lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Menurut Maziah, beliau tidak menuduh bahawa suaminya telah dibunuh tetapi mahu tulisan Raja Petra itu disiasat.

Ini kerana jelasnya, dalam pendedahan itu Raja Petra turut mengaitkan dua pegawai SPRM yang bertanggungjawab menyoal-siasat Sarbaini.

“Malangnya setelah membaca pendedahan oleh Raja Petra menerusi blognya, yang mengaku menerima maklumat daripada orang-orang dalam daripada kalangan pegawai SPRM dan pegawai dan anggota polis sendiri, kami percaya bahawa benar atau tidaknya pendedahan Raja Petra mestilah disiasat sehingga ke akar umbi, malah ke lubang cacing, terutama bila beliau menyatakan dengan jelas nama dua orang pegawai SPRM yang terlibat secara langsung dengan kematian arwah,” katanya.

Tempat kejadian

Berikutan pendedahan itu, peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh berkata pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

NONESarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbani tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbani cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya

 
Leave a comment

Posted by on 21/07/2011 in Uncategorized

 

Kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini – Peguam SPRM Tertekan Dengan Dakwaan Raja Petra…

 

Shafee: Raja Petra merapu, dakwaan tak jejas inkues Sarbaini

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang “bercakap merapu” sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.

Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah, sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.

“Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.

“Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.

“Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

“Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

“Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap),” katanya.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis tujuh entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. -TMI

Kes Sarbaini: Peguam mahu buat laporan polis, dakwa tulisan Raja Petra ada asas

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Peguam keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed menegaskan pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan baru dibuat editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu 6 April lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Awtar Singh berkata, pendedahan yang dibuat Raja Petra itu ada asasnya kerana mustahil untuk Sarbaini (gambar) membunuh diri seperti yang didakwa.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian di kompleks Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

“Kita akan buat satu laporan polis yang baru berhubung pendedahan dalam blog Raja Petra Kamaruddin, mana mungkin Ahmad Sarbaini bunuh diri… mungkin dia ditolak dari tingkap.

“Mungkin pada inkues nanti kita akan minta untuk sekali lagi ke bangunan (SPRM) untuk kaji dan lakukan semula tentang apa yang berlaku… kita memang sudah jangka Ahmad Sarbaini tidak mungkin bunuh diri.

“Kita akan buat laporan polis dengan segera, kita mahu polis siasat semula perkara ini sebab mustahil Ahmad Sarbaini boleh jatuh sendiri, saya tidak kata dia dibunuh tapi mungkin berlaku kecuaian,” kata Awtar.

Inkues Sarbaini telah bermula pada 4 Julai lalu dan ramai saksi termasuk ahli keluarga Sarbaini telah dipanggil untuk memberikan keterangan.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela bagi menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Tegas Awtar, pihaknya telah mengesyaki dua individu yang didakwa beliau terlibat dalam kematian Sarbaini..

“Kita juga sejak dari awal sudah mengesyaki dua suspek yang terlibat dalam perkara ini (kematian Sarbaini).

“Sebab, kalau dari segi kecederaan yang dialami (Sarbaini) seperti ada sesuatu yang berlaku, apa sahaja boleh berlaku,” tambah Awtar.

Raja Petra dalam entri terbaru dalam blognya berkata Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM itu.

“Di sana, Sarbaini telah ‘didera’ secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri).

“Mohd Fauzi juga mengatakan ‘orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain’, terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

“Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia,” dakwa beliau.

Sarbaini sebelum ini dilaporkan membuat pengakuan menerima rasuah, namun bertindak mengubah keterangan yang diberikan itu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian, Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya. -TMI

Ulasan GB

Sepandai-pandai tupai melompat satu hari akan terhempas ke tanah juga.

Demikian diperingatkan kepada peguam Mohd Shafie.

Di dalam kes Teoh Beng Hock satu ketika dulu, beliaulah yang merapu dengan membuat dakwaan kononnya Teoh Beng Hock bunuh diri secara terhormat bagi lindungi majikan dan partinya daripada tuduhan rasuah. Satu andaian palsu dan rekaan melangkaui tahap “merapu” demi untuk mempertahankan SPRM dan Polis.

Kini di dalam kes Sarbani, beliau kembali merapu setelah ada bahan baru didedahkan oleh Raja Petra. Tersentak dengannya Shafee melakukan serangan peribadi: dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang.

Menunggu masa tupai akan jatuh tersembam ke bumi.

 
Leave a comment

Posted by on 21/07/2011 in Uncategorized

 

Penjelasan Oleh Setpol MB Kedah Mengenai Larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan Menyanggah Laporan TV3

Seperti yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membatalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional. Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadhan 1432 ini!

Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.

Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997  seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang diputuskan.

Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng Liang, Ketua Pemuda Gerakan.

Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?

Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13 kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Apakah Syarat Am no. 8?

Dalam Jadual C, Enekmen itu  muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari 1998, dinyatakan dengan jelas  syarat am no.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6  petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.

 

Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu menyatakan seperti berikut:

  1. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan D0aerah (Pegawai Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
  2. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
  3. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.

Persetujuan  juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan , dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan lain daripada takrif hiburan.

 

Langkah-langkah Penyelesaian

Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chew Hung!  Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir.

Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP

Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup semuanya. Mereka  sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam Enekmen. Semua persepsi  ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media.

Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.

YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka yang terpaksa berhenti  selama sebulan akibat penutupan itu.

Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini – Jadi apa masalahnya?

Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.

Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa

Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak.  Ini tanggungjawab sebuah kerajaan.

MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!

Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan Islam –  yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.

Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…

Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak ke arah itu? TIDAK! Kita sedang melaksanakannya… BN yang gagal laksanakan Enekmen ini…walaupun diluluskan bersama UMNO, MCA Gerakan dan MIC pada 1997…BN tak berani laksanakan sepenuhnya..kenapa? Ini barulah dikatakan tunduk kepada MCA, Gerakan, MIC.

 
Leave a comment

Posted by on 18/07/2011 in Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.